Kalau korang perhatikan, tak banyak lagi pembangunan high-rise berkonsep serviced
apartment kat kawasan ini. Yang ni, senang-senang je korang boleh kaji
dan tengok sendiri.
Tapi, itu semua cerita lama.
Sekarang, Klang dah semakin pesat membangun. Dan apa yang Tok
perhati, kawasan ni bakal jadi pilihan pelabur dan juga pembeli yang nak duduk
sendiri bersama keluarga.
Jadi, apa korang kena tahu sebelum beli mana-mana serviced
apartment kat Klang?
Klang dulu, tak sama macam yang sekarang?
Sumber
gambar – Google Map
Pada tahun 2010, populasi penduduk di daerah Bandar Klang
mencapai 240,016 (10,445 adalah dalam kawasan pusat bandar).
Populasi secara keseluruhan? Seramai 842,146, dan jumlah yang
diurus oleh Majlis Perbandaran Klang adalah seramai 744,062.
Daerah Klang terbahagi kepada dua (2), iaitu North
Klang (Klang Utara) dan South Klang (Klang Selatan),
yang terbahagi oleh Sungai Klang.
Klang Utara dibahagikan kepada tiga (3) sub-daerah – Kapar,
Rantau Panjang, dan juga Meru.
Dulu, Klang Utara menjadi pusat penempatan komersial. Tapi sejak
2008, banyak projek kediaman serta pejabat kerajaan mula dibina dekat kawasan
Klang Selatan.
Hospital swasta jugak dah banyak dibangunkan di sini. Yang baru,
Columbia Asia Hospital dekat Bandar Bukit Raja.
Bermakna, kawasan Klang Selatan lebih sibuk dan menjadi tumpuan
aktiviti sosial dan rekreasi, kalau dibandingkan dengan Klang Utara selepas
habis waktu bekerja dan juga pada hujung minggu.
Bandaraya dengan nilai estetik yang
tersendiri
Sumber
gambar – The Star Online
Kenapa Tok cakap Klang sekarang, tak sama dah macam yang dulu?
Tadi dah kongsi satu poin – sebab pembangunan yang pesat dekat
kawasan ni. Projek perbandaran yang power pun, boleh jadi
salah satu sebab Tok cakap macam tu.
Antara perbandaran moden yang menaikkan nama Klang seperti :
·
Bandar Botanic,
·
Bandar Bukit Tinggi,
·
Taman Bayu Perdana,
·
Glenmarie Cove,
·
Kota Bayuemas, dan lain-lain.
Tambahan pulak kat Klang Selatan pulak, dah banyak pusat
membeli-belah. Antara contoh yang Tok boleh bagi :
·
AEON Bukit Tinggi,
·
Billion Shopping Centre Port Klang,
·
GM Klang Wholesale Bandar Botanic,
·
Giant Hypermarket Bandar Bukit Tinggi,
·
TESCO Extra Bandar Bukti Tinggi, dan
·
KSL City Mall (akan datang).
Sambungan lebuhraya dan pengangkutan awam yang
mantap
Sumber
gambar – skyscrapercity.com
Ada 5 stesen KTM yang berdekatan (yang ikut laluan Batu Caves –
Port Klang) :
·
Stesen Padang Jawa,
·
Stesen Bukit Badak,
·
Stesen Klang,
·
Stesen Teluk Pulai,
·
Stesen Teluk Gadong.
Highway pulak, boleh tahan banyak juga. Korang
boleh pilih untuk guna :
·
Federal Highway,
·
New Klang Valley Expressway,
·
South Klang Valley Expressway,
·
North Klang Straits Bypass, dan
·
KESAS Highway.
Untuk bab pengangkutan awam pulak, ada perkhidmatan bas RapidKL.
Klang Sentral menjadi terminal untuk bas ekspres dan teksi di bahagian Klang
Utara.
Nak ke KLIA, punya la senang. Setiap jam dan setiap hari, akan
ada bas yang bawak korang ke sana. Korang boleh ambil bas ni dekat AEON Bukit
Tinggi.
Klang Third Bridge yang bernilai RM230 juta
dijadualkan untuk dibuka pada Mei 2017, yang lengkapkan 2 jambatan sedia ada di
bandar, yang hubungkan Klang Utara dan Klang Selatan.
Nah, Tok tambah lauk lagi. Menjelang Ogos 2020 nanti, Klang
jugak akan ada perkhidmatan LRT3 bernilai RM 9 bilion. Senang korang nak ke
mana-mana.
Nota : Ini peluang korang menangi rumah smart
home di Klang secara PERCUMA? Klik sini untuk daftar sekarang!
Tak perlu pergi jauh untuk suasana pantai
Sumber
gambar – INFO JORAN
Bagi Tok, bunyi deruan ombak pantai adalah satu bunyi yang cukup
‘merdu.’ Hati siapa yang tak tenang, menikmati keindahan ciptaan Tuhan?
Takde la nak cakap terbaik (air laut jernih, boleh nampak batu
karang). Tapi korang tak boleh elak fakta yang Klang cukup dekat dengan lokasi
tarikan tepi pantai dan pulau.
Korang yang suka makan ikan laut fresh tu,
memang ada potensi tinggi untuk melekat tinggal dekat sini.
Antara tempat yang korang boleh kunjungi seperti :
·
Tanjung Harapan –
Ini salah satu port makan ikan bakar yang fresh,
·
Pulau Ketam – Boleh rasa feel perkampungan
nelayan dan tengok rumah terapung kat sini,
·
Pantai Acheh, Pulau Indah – Boleh
berkelah, memancing, atau buat aktiviti parasailing kat sini,
·
Laguna Park, Pulau Indah –
Satu lagi port restoran yang menarik untuk korang cuba.
Dan bila dah dekat dengan kawasan laut ni, dah tentu korang
boleh dapatkan makanan laut yang fresh.
Ini memang tujuan utama ramai orang datang ke Klang, untuk
nikmati hidangan laut yang lazat. Kalau tak pernah jejak kaki ke Klang untuk
makan seafood, tak payah gelarkan diri korang foodies sejati.
Jadi, berbaloi ke beli serviced
apartment kat sini?
Mengikut analisa transaksi hartanah oleh
The Edge Property, harga purata meningkat 13.3% year-to-year kepada
RM209 untuk setiap kaki persegi pada suku ke-3 2014.
Dan daripada pemerhatian permintaan sewa, hasil sewa tahunan
adalah setinggi 5.5% hingga 9.8%. Ini sebab sebahagian besar harga modal
hartanah kat kawasan ini adalah rendah.
Pada pandangan Tok, ini satu peningkatan yang baik. Tambah lagi
dengan projek LRT3 Bandar Utama-Klang yang bakal siap pada tahun 2020.
Klang akan mendapat 9 stesen LRT baru di kawasan berikut :
·
Kawasan 17,
·
Jalan Meru,
·
Klang,
·
Taman Selatan,
·
Sri Andalas,
·
TESCO Bukit Tinggi,
·
AEON Bukit Tinggi,
·
Bandar Botanik, dan
·
Johan Setia.
Bila ini siap nanti, dah tentu pasaran hartanah yang berdekatan
akan dapat capital appreciation yang bagus.
P/S : Korang tengah mencari serviced apartment pada
harga bawah RM400,000? Klik untuk tahu lebih lanjut.
—
Dulu, mungkin ramai orang tak bagi perhatian kat kawasan ni.
Tapi kalau korang buat lagi perangai tu sekarang, korang sendiri
yang rugi.
Macam-macam benda best yang dah ada kat sini.
Lagipun, harga rumah kat sini masih okay lagi.
Kalau korang nak belajar lebih mendalam tentang hartanah dan
takde sebarang plan pada hari Ahad, jemput datang ke property
talk ini.
Klik gambar ini dan daftar tempat duduk korang sekarang.
PERCUMA, tak perlu bayar apa-apa :
No comments:
Post a Comment